Make your own free website on Tripod.com
 
::Artikel Islam

Kisah kebesaran solat,pembalasan dalam Israk,Mikraj

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Dalam tempoh tidak sampai seminggu,umat Islam akan menyambut kedatangan 27 Rejab.Pada hari yang penting dalam lipatan sejarah perkembangan Islam.Majlis memperingati peristiwa Israk dan Mikraj di Malaysia disambut dengan penuh ketaqwaan dan keinsafan ceramah supaya umat Islam dapat mengambil pengajaran yang terkandung dalam peristiwa itu.

Israk dan Mikraj yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. bukanlah satu peristiwa biasa.Ia juga bukan hanya sekadar suatu perjalanan untuk melihat kehebatan alam semesta.Lebih daripada itu,perjalanan Israk dan Mikraj mempunyai makna dan hikmah cukup mendalam bagi kehidupan Rasulullah secara peribadi dan kehidupan umat Islam secara keseluruhannya.

Israk dan Mikraj adalah petanda bahwa risalah Islam yang disampaikan oleh Rasulullah bukan hanya untuk bangsa arab tetapi untuk seluruh alam maya termasuk umat manusia dan jin.Ini sekali gus adalah penghormatan kepada Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman yang tidak dianugerahkan kepada rasul dan nabi lain sebelumnya.

Dari segi sejarah,berlakunya peristiwa agung itu adalah kerana kegelisahan dan kesedihan Rasulullah akibat tentangan,ancaman,pemulauan,ejekan dan kecaman daripada kaum kafir dan musyrik terhadap Baginda .Apatah lagi,pada masa,baginda menjadi tulang gerakan dakwah bagi menyeru kaumnya kearah Islam iaitu isterinya,Saidatina Khatijah dan bapa saudaranya,Abu Talib.Tahun itu,akhirnya diabadikan oleh sejarawan Islam sebagai tahun dukacita dalam kehidupan Rasulullah.

Untuk meredakan kesedihan RAsulullah dan mengendurkan ketegangan Baginda dalam menghadapi tentangan kaum musyrikin,Allah mengundang Rasulullah untuk melakukan Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.Sewaqktu dalam perjalanan Israk dan Mikraj  inilah,Rasulullah diperlihatkan pelbagai kejadian luar biasa yang mengungkap pelbagai hikmah dan pengajaran kepada umat Islam selepas itu.

Satu peristiwa penting yang sewajarnya diamabil perhatian oleh umat Islam ialah penurunan ibadat solat lima waktu sebagai syariat umat Islam mulai malam itu.Jika diamati secara mendalam,ibadat solat difardukan kepada umat Islam melalui pensyariatan secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah diSidratul Muntaha tanpa perantaraan Jibril,sedangkan ibadat lain seperti puasa dan zakat difardukan kepada umat Islam melalui perantaraan wahyu yang disampaikan oleh Jibril kepada Rasulullah.

Pensyariatan solat secara langsung daripada Allah ini sekali gus mengangkat martabat dan nilai ibadat itu disisi Allah.Dalam Islam,solat adalah tiang agama dan sesiapa yang mendirikan agama bermakna dia mendirikan agama.Sebaliknya,sesiapa yang meninggalkan solat bermakana dia merunjtuh kan agama.

Menurut Rasulullah,solat dalam kehidupan Muslim adalah umpama sebuah sungai yang dipenuhi air mengalir dihadapan rumah dan seorang Muslim mandi di dalamnya sebanyak lima kali sehari untuk membersihkan diri.Rasulullah membuat perumpaan ini bagi menggambarkan betapa istimewa dan besarnya kedudukan solat dalam kehidupan Muslim.

Kepentingan solat dalam kehidupan Muslim dapat dilihat melalui tindakan Saidina Umar Al khattab yang pernah menulis surat kepada semua gabenornya.DAlam surat itu ,Umar berkata:”Wahai gabenor sekalian!Sesungguhnya tugas yang paling penting sekali pada pandanganku ialah mendirikan solat.Oleh itu,sesiapa yang tidak mendirikan solat maka dia adalah orang yang tidak boleh dipercayai.Oleh itu,sesiapa yang mendirikan solat dengan sebaik-baiknya ,maka dia sudah memelihara agamanya.Dan sesiapa yang mensia-siakan solat bermakna dia mensia-siakan urusan lainnya.

Umar begitu yakin bahwa kecurangan,kezaliman,kemunduran,kekalahan,kemelesetan ekonomi dan sebagainya mempunyai sebab musabah yang saling berkaitan dengan menjaga solat.Punca musibah yang menimpa umat Islam itu ialah kerana kelemahan iman dan malas mengerjakan secara praktikal ibadat yang sempurna kepada Allah terutama solat.

Melalui Israk dan Mikraj,Rasulullah dapat menghadap Allah secara terus.Ini bermakna,setiap Muslim juga dapat berhubung secara terus ke hadrat ilahi yang Maha Esa tasnpa memerlukan sebarang alat komunjikasi walau secanggih mana sekali pun.Memadai seorang muslim berhubung dan bermunajat dengan Allah melalui Solat,pada bila-bila masa dan dimana juga.
Israk dan Mikraj juga memperlihatkan azab pembalasan Allah kepada manusia yang mengingkari perintahNya,Rasulullah bertemu dengan satu kaum memecahkan kepala mereka dengan batu keras.Setiap kali kepala mereka pecah,keadaan akan kembali seperti sedia kala dan mereka berterusan memecahkan kepala mereka.

Rasulullah bertanya kepad Jibril berkenaan golongan itu.Jibril menjelaskan bahawa golongan itu ialah sekumpulan orang yang berat kepala mereka untuk mendirikan solat fardu.

Selain seksaan meninggalkan solat,Rasulullah diperlihatkan seksaan akibat tidak menunaikan zakat,sedekah,memakan riba,meninggalkan jihad pada jalan Allah,tidak menjaga lidah dan memelihara anggota tubuh badan.

Rentetan kejadian demi kejadian ini menyingkap kewajipan agama dating sekalipun masih belum difardukan lagi.Ia mempamerkan corak kehidupan Islam yang merangkumi seleuruh aspek  kehidupan umat.

Kesimpulan Israk dan Mikraj sebenarnya mengukuhkan lagi kepercayaan Muslim kepada perkara ghaib yang merakamkan waktu silam,kini dan akan datang.Ini sekali gus mempamerkan kekuasaan ,kebesaran dan keagungan Allah yang menguasai alam semesta sebagai maifestasi Rukun Iman.Kewajipan solat dan gambaran pelbagai ganjaran serta sekasaan terhadap amalan yang dilakukan oleh umat manusia pula adalah manifestasi makna rukun Islam.

Begitulah penghayatan menyeleuruh yang seharusnya diselami ,difahami, dan diamalakan oleh setiqap Muslim dalam kehidupan seharian melalui peristiwa Israk dan Mikraj.Peristiwa itu berupaya bertindak sebagai pemangkin kea rah pengukuhan akidah,pengamalan ibadat secara konsisten dan perhiasan akhlaK terpuji seseorang Muslim supaya dapat meraih keredaan Ilahi serta kebahagian sejati di dunia dan akhirat.
 

 

Balik
Hakcipta © demimasa.cjb.net 2004