Make your own free website on Tripod.com
 
::Artikel Islam

Kelebihan menjaga waktu sembahyang

Ali bin Abi Talib berkata:”Sewaktu RAsulullah s.a.w. duduk bersama sahabat Muhajirin dan Anshar,dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang yahudi lalu berkata:”Ya,Muhammad,kami hendak bertanya kepada kamu kalimat yang diberikan Allah kepada Nabi Musa yang tidakdiberikan kepada Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab(terhampir)

Lalu Rasulullah bersabda:”Silakan bertanya.”

Berkata orang yahudi itu:”Sila terangkan kepada kami mengenai lima waktu yang diwajibkan oleh Allah keatas umatmu.”

Sabda Rasulullah:Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari,maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhan Nya,Asar adalah saat NAbi Adam memakan buah kuldi.Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam,maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah,pasti Allah memenuhi permintaannya.”
“Sembahyang Isyak itu ilah sembahyang yang dikerjakan oleh rasul sebelumku.”
“Subuh adalah sebelum terbit matahari.Ini kerana apabila matahari terbit,terbit nya dianatara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya setiap orang kafir.”
Selepas orang yahudi mendengar penjelasan Rasulullah,maka mereka berkata:”Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?”
Rasulullah bersabda:”JAgalah waktu sembahyang terutama yang pertengahan ,yakni sembahyang Zuhur kerana pada saat itu dinyalakan api neraka jahamanm dan orang mukmin yang menrgerjakan sembhayang pada ktika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.

“Jagalah waktu sembahyang asar kerana ia adalah saat dimana Nabi Adam memakan buah kuldi dan orang mukmin yang menrgerjakan sembhyang Asar akan diampunkan doasnya seperti bayi baru lahir.”
“Juga,jagalah waktu sembahyang Maghrib kerana itu adalah saat diman taubat NAbi Adam diterima dan seoerang mukmin yang ikhlas yang mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah,maka Allah akan perkenankan permintaan nya.
“Dan sembahyang Isyak itu attammah.Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamnat,maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjemaah ,maka Allah haramkan dariapadanya terkena api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath(siratulmustakim).”
Rasulullah seterusnya bersabda:”Sembahyang Subuh pula,bagi seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari berjemaah ,diberi oleh Allah dua jenis kebebasan,iaitu dibebaskan daripada apai neraka dan nifaq(sifat munafik).”
 
 

 

Balik
Hakcipta © demimasa.cjb.net 2004