Make your own free website on Tripod.com
 
::Artikel Islam

KONSEP DAN HURAIAN TENTANG DOA

Sbelum dihuraikan lebih jelas mengenai doa ,marilah kita renungkan konsep doa itu terlebih dahulu.Sabda Nabi Muhammad SAW ,maksudnya ,Bermula doa itu adalah otak ibadah.’Firman Allah SWT,maksudnya: Berdoalah,nescaya Aku perkenankan untuk mu.”

Didalam kitab Al Hakim ada dijelaskan ,maksudnya,Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk memohon ,ketahuilah bahawa Allah hendak memberi kamu.”

Ertinya ,kalau lidah mudah meminta bermakna Allah memang hendak memberi kepada kita.

Syair Arab berbunyi,maksudnya ,”jangan engkau meminta kepada anak Adam sebarang keperluan .MIntalah kepada Allah yang pintu Nya tiada sebarang penutup.Allah marah jika engkau tidak meminta.Anak Adam ketika diminta ,ia marah dan murka .’Oleh itu ,dapatlah dibuat kesimpulan bahawa anak Adam hendaklah meminta kepada Allah SWT dan jangan meminta kepada makhluk Allah SWT.

Firman Nya,maksudnya:”Akan engkau sahaj kami menyembah dan akan Engkau sahaja kami memohon pertolongan.

Syarat berdoa

1. Didalam keadaan berwudhu
2. Didalam keadaan menutup aurat
3. Menghadap kiblat
4. Didalam keadaan khusyuk dan tawaduk
5. Tidak tergesa-gesa
6. Dimulai dengan memuji kebesaran Allah 
7. Kemudian berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW
8. Membaca doa itu dengan cara penuh harapan 
9. Diakhiri dengan selawat dan salam
10. Hendaklah kita mengetahui isi dan makna doa itu
11. Selain dari itu hendaklah juga
? Menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan yang syubhat
? Tidak melakukan perbuatan maksiat
? Pakaian jelas kehalalannya
? Kosong fikiran dari perkara-perkara yang tidak baik

Waktu afdhal berdoa

1. Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan ramadhan)
2. Pada hari Arafah(9 Zulhijjah dikala jemaah haji wukuf I Arafah)
3. Pada bulan Ramadhan
4. PAda malam jumaat 
5. Pada hari Jumaat
6. Waktu berjumaatlebih-lebih lagi ketika imam mengucap salam
7. PAda tengah malam
8. Seperdua malam yang kedua ( sesudah jam 12 malam)
9. Sepertiga malam yang pertama(jam 6 sampai jam 10 malam)
10. Sepertiga malam yang terakhir (sesudah jam 2 malam)
11. Pada waktu sahur (sebelum fajar)
12. Sesudah berwudhu
13. Ketika azan untuk sembahyang 
14. Antara azan dan iqamat
15. Ketika orang mengucapkan iaqamat
16. Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil
17. Di dalam pertempuran dimedan perang
18. Di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu
19. Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau diluar solat)
20. Ketika sedang membaca Al-Quran
21. Setelah tamat membaca Al-Quran
22. Ketika minum air zam-zam 
23. Pada waktu ayam jantan berkokok (pada waktu pagi)
24. Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama
25. Pada waktu berkumpul untuk berzikir ( iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah,bertakbir,bertahimid dan bertasbih,atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran,atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam)
26. Ketika menutup mata orang yang telah mati
27. Pada waktu turun hujan
28. PAda waktu tergelincir matahari pada hari rabu.

Adab berdoa

1.Menjauhi makanan yang haram
2.berdoa dengan ikhlas semata-mata kerana Allah
3.Dengan ada air sembahyang 
4.Selalu melakukan wudhu sunat
5.Berdoa dengan suara perlahan-lahan
6.Mengakui kesalahan yang telah lalu
7.Memulai dengan memuji Allah ,berselawat dan ditutup dengan selawat
8.Diulangi doa sebanyak tiga kali
9.Jangan meminta perkara mustahil
10.Dengan hati yang yakin bahawa doanya diterima oleh Allah

Faedah berdoa
1.Menguatkan keimanan 
2.Menenangkan hati 
3.Menghilangkan putus asa
4.Meransang untuk aktif bekerja 
5.Menimbulkan kegemaran untuk beramal ibadat dan beramal soleh
6.Menyebabkan murah rezeki
7.Menjadikan hati suka kepada kebajikan dan benci kepada kejahatan
8.Menghilangkan rasa ragu dan was-was didalam hati
9.Dapat meredakan dan menghilangkan penyakit jasmani dan penyakit rohani
10.Meresapkan rasa kemesraan dan perhubungan yang rapat dan secara langsung dengan Tuhan
11.Dapat meningkatkan makrifat kepada Tuhan dan dengan berdoa juga dapat mengalir rasa cinta dan rindu kepada Tuhan serta ingin untuk bertemu denganNya.

Doa tidak diterima

Ketika Ibrahim bin Idham (seorang ahli sufi) berada di tengah-tengah pasar basrah,beliau telah dikerumuni oleh orang ramai .Diantara mereka ada yang bertanya :”Kenapa doa kami tidak dimakbulakn oleh Allah,sedangkan kami memohon kepadaNya?”Jawab Ibrahim :”Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:
1.Kamu mengenal Allah,tetapi kamu tidak menunaikan suruhanNya
2.Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah,tetapi kamu meninggalkan sunnahnya
3.Kamu telah membaca  Al-Quran,tetapi kamu tidak beramal dengannya
4.Kamu telah makan nikmat Allah,tetapi kamu tidak tunaikan syukurNYa
5.Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu,tetapi kamu tidak menentangnya.
6.Kamu telah berkata syurga itu benar,tetapi kamu tidak beramal untuk nya.
7.Kamu telah neraka itu benar,tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8.Kamu berkata mati itu benar,tetapi kamu tidak bersedia untuk nya.
9.Kamu bangun daripada tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban manusia,tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
10.Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi kamu tidak ambil iktibar.
 

II KEPENTINGAN BERDOA

Waktu yang paling baik untuk berdoa adalah pada saat-saat mulia seperti dalam bulan ramadhan,ketika di Arafah,hari jumaat,seperti tiga sisa malam dan waktu sahur.Doa juga lebih makbul sekiranya dibuat ketika sujud,waktu berhadapan dengan musuh,pada saat hujan mulai turun ,ketika berdiri solat dan sesudah menunaikan solat.

Adalah lebih afdal bagi seseorang muslim untuk berdoa sambil menghadap kiblat,mengangkat tangan dan mengusap muka dengan kedua belah tangan sesudah mengakhiri doa.Bagi seorang imam pula ,sunat baginya untuk mengalih kedudukan dengan bahu kirinya menghadap kiblat manakala bahu kanannya menghadap makmum.

Suara juga seeloknya direndahkan antara ‘sir’ dan jahar’ iaitu antara terdengar dan tidak.Pada akhir doa ,tidak digalakkan berlebih-lebihan mengatur bunga bahasanya.Berdoalah dengan penuh rendah diri dan khusyuk serta takut kepada Allah yang Maha Esa.
Doa yang dimunajatkan harus ditujukan terus kepada Allah semata-mata dan yakin bahawa doa akan dimakbulkan juga satu hari nanti.Mulai berdoa dengan memuji Allah serta zikir,berselawat kepada Rasulullah dan diakhiri dengan zikir dan selawat juga.

Seseorang itu mesti diulangi selalu dengan rasa tidak bosan dan tidak kesal sekiranya doa lambat dikabulkan.NAmun begitu,,taubat itu amat penting sebelum berdoa supaya ia lebih mustajab dan berusaha menghindari maksiat dan bertawakkal sepenuh hati kepada Allah.

Doa selepas solat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji hanya untuk Allah ,Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ditujukan kepada yang semulia-mulia nabi dan rasul serta para sahabatnya.

Ya Allah,Panjangkanlah umur kami,sihatkanlah tubuh kami ,berilah cahaya hati kami.Tetapkanlah iman kami,baikilah amalan kami,luaskanlah rezeki kami,kepada kebaikan kepada kebaikan itu dekatkan kami ,daripada kejahatan itu ,jauhkan kami daripadanya,sampaikan segala hajat kami terhadap agama,dunia dan akhirat.Sesungguhnya Engkau berkuasa terhadap segala-galanya .

Ya Allah,AMpunilah aku dan kedua orang tuaku ,rahmatilah keduanya sebagaiamana dia telah memelihara ku dimasa kecikku.

Ya Allah,Ampunilah sekalian orang muslimin dan muslimat,berilah kami kebaikan (kesenangan),Ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami dari azab neraka.

Dan selawat Allah itu adalah ke atas penghulu kita Muhammad dan keluarga nya serta sahabat sekalian Maha Suci Engkau Tuhan.

Tuhan Yang MAha Mulia,sebagaimana yang mereka sifatkan.Kesejahteraan untukrasul-rasul dan segala puji pada Allah ,Tuhan sekalian alam.

Kemudian bacalah Al-Fatihah sampai akhirnya ,sesudah  itu diakhiri doa dengan membaca :

Perkenanlah ,perkenanlah ya Allah,perkenanlah ya (Tuhan) yang mengabulkan permohonan orang  yang meminta.

Jadikanlah kami ini (sebahagian) dari golongan orang-orang (ahli syurga) yang dibawah mengalir sungai-sungai di dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan yang yang seruan (doa) mereka di sana ialah “MAha Suci Engkau ya Allah” dan kehoramatan (semboyan) mereka disana ialah “Salam” (kesehajteraan) dan akhir doa mereka pun “segala puji hanyalah untuk Allah,Penguasa seluruh alam.

Selain dari doa yang dibaca selepas solat ,terdapat banyak lagi doa harian yang diamalkan oleh umat Islam seperti doa hendak tidur dan bangun tidur,doa makan,doa memakai baju,doa keluar rumah ,doa masuk dan keluar mesjid ,doa selepas wudhu dan banyak lagi.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang sempurna merangkumi semua aspek kehidupan seorang manusia.
 

 

Balik
Hakcipta © demimasa.cjb.net 2004