Make your own free website on Tripod.com
 
::Artikel Islam

Hati tenang jika solat diterima

BEGITU besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini, sehingga tidak ada satu makhluk pun yang mampu menghitung besarnya kurniaan yang diberikan Allah itu.

Rahmat Allah yang luas diberikan kepada siapa yang dikehendaki-Nya, tidak kira kepada orang yang beriman ataupun mereka yang ingkar perintah serta suruhannya.

Bagaimana mengetahui seseorang itu menerima nikmat Allah ialah apabila ia berasa damai serta tenang dalam diri kerana ibadatnya diterima Allah.

Hati menjadi tenteram malah segala aktiviti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, serta menerima apa juga ganjaran dengan perasaan reda.

Jika perasaan reda dan sabar bersatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang, maka itulah tanda amalan yang dilakukannya diterima Allah.

Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadat, namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati, ini membuktikan amalannya tidak diterima Allah. 

Umpamanya dalam ibadat solat, Allah dengan tegas menjelaskan: “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” 

Realitinya, ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, membuktikan amalan solatnya tidak diterima kerana ibadatnya tidak memenuhi ketentuan yang digariskan Allah.

Puncak daripada diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingati Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman, hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”
 

Berita Harian
080504
 
 

Balik
Hakcipta © demimasa.cjb.net 2004