Make your own free website on Tripod.com
 
::Menu
 Kelas Iqra
 Nasyid
 Fotosanasini
 Berita Pelabuhan
 Koleksi Dr Masitah
 Koleksi Dr Ikmal 1
 Koleksi Dr Ikmal 2
 Website LPPS
 
::Menarik
 Kalender Hijriah
 Islamik Wallpaper
 Nada dering/logo Islamik
 Kaligrafi Islam
 
 
::Bersama Dr Salam
1.Pantang melihat wanita seksi

2.Ibubapa paksa kembali agama asal

3.Kecewa bapa liat
sembahyang

4.Hukum suami sering menonton VCD lucah

 

::Bersama Dr Masitah
1.Pakai minyak wangi ada  alkohol

2.Bawa pulang lauk kenduri

3.Tipu tuntutan kerja lebih masa

4.Perbezaan anak susuan dgn anak angkat

5.Guna wang suami sekadar perlu
 

::Bersama Dr Ikmal
1.Anjuran berkahwin

2.Memilih pasangan

3.Tujuan berkahwin

4.Kerugian bagi perempuan yg menolak perkahwinan

5.Pertunangan

6.Adat walimatul urus yg haram
 

::Artikel Lepas
1.Keagungan Solat

2.Kebesaran Solat

3.Menjaga waktu solat

4.Konsep & huraian doa

5.Konsep ibadah dlm kerja
 

::Assalamu'alaikum dan Selamat Datang
Alhamdulillah dengan izin dan kekuasaan Allah Subhanallahu Wa
Ta'ala dapat juga saya teruskan web nii...InsyaAllah saya akan cuba perbaiki dari masa ke semasa demi manfaat kepada masyarakat dan khususnya kepada masyarakat Islam kite...

Sekiranya anda ingin membuat sebarang komen bolehlah emelkan kepada webmaster@demimasa.cjb.net

Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. InsyaAllah...

dari webmaster

::Hadis
DARIPADA Saidina Ali bin Abi Thalib ra Rasulullah bersabda:

“Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperuntukkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Aanak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Orang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

“Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”
 

::Dari kelas Iqra
Kerana dia aku mengenal al-Quran..... 
Oleh: zain y.s 
Alif.. Ba.. Ta... Adalah antara huruf-huruf yang mula-mula saya dan semua muslim kenal sebagai jembatan untuk membolehkan kita membaca al-Quran. 

Setiap malam selepas maghrib, saya bersama-sama dengan kanak-kanak kampung akan ke rumah guru al-Quran kami. Baik lelaki atau perempuan. 

Guru kami bernama Haji Jairi. Seperti majoriti penduduk kampung lainnya, dia juga berketurunan Jawa. Menurut ceritanya, dia berhijrah dari Batu Pahat. Barangkali ayahnya atau datuknya yang berasal dari Tanah Jawa. 

Dalam perjalanan, suasana jadi hingar dengan suara jeritan dan gurauan kami. Meriah rasanya. Sesampainya di rumah guru berkenaan, suasana bising dan jerit pekik masih belum reda. Selagi belum di marah. Selagi belum dijeling oleh guru kami, maka selagi itulah mulut belum dapat ditutup. 

seterusnya... 

 

::Berita Nasyid
Festival Nasyid Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sandakan
Festival NAsyid tersebut telah diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan pada 03/04/2004 @ 07.00mlm.

Terdapat 10 kumpulan Nasyid dari daerah Sandakan menyertai festival tersebut.Termasuklah Nur Ehsan dari Kastam DiRaja Malaysia.
Nur Ehsan telah berjaya menjadi johan dalam festival tersebut.Manakala Nasyid dari Taman Merpati telah menduduki tempat kedua.

Ini bererti Nur Ehsan akan mewakili Daerah Sandakan ke Peringkat Bahagaian dalam kategori Tradisi.Manakala Kumpulan Nasyid dari Maktab Perguruan Sandakan akan menwakili dalam kategori moden.

Festival Nasyid Ma'al Hijrah Peringkat Bahagian akan diadakan di Daerah Beluran pada 24/04/2004 bersamaan dengan hari sabtu.

webmaster
 

::Artikel Pilihan
Bertukar Agama,bukan berubah keturunan
Mengapa saya pilih Islam?

Sekali pandang, raut wajah Ustaz Mohd Noor Lee bin Abdullah Lee saling tidak tumpah seperti seorang pemuda Melayu. Apatah lagi, apabila berbicara kepetahannya berbahasa Melayu begitu terserlah. 
Dengan `tebal muka', penulis bertanyakan kesahihan status beliau sebagai seorang mualaf. 

Dan sebaik sahaja terpacul pengakuan yang beliau berketurunan Cina Siam, dilahirkan di Singapura dan dibesarkan di Kelantan, penulis menarik nafas lega.

Menurut Penolong Pegawai Agama Islam di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang ditemui di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini, pengIslamannya kira-kira 18 tahun lalu, pada mulanya bukan disertakan rasa keinsafan, keikhlasan dan kefahaman tentang agama Islam sebagai agama sebenar tetapi secara ikut-ikutan.

Seterusnya...
 

::Tokoh Islam
Hassan Bandung
Bagi masyarakat Islam di Malaysia, Hassan Bandung atau nama sebenarnya AhmadHassan merupakan seorang tokoh agama yang dikenali ramai.

Beliau yang juga dianggap sebagai tokohulama nusantara, lebih dikenali diIndonesia kerana peranannya dalam PersatuanIslam ( Persis ) yang memangterkenaldisana.

Ahmad Hassan dilahirkan di Singapura pada tahun 1887 dengan nama kecilnyaHassan Bin Ahmad. Ayahnya berasal dari India bergelar Pandit. Sementara ibunyaMuznah berasal dari Palekat Madras, India dan mempunyai asal-usul dari Mesir,tetapi lahir di Surabaya.

Seterusnya...
 

Fotosanasini

Klik sini
Kelas Iqra

Klik sini
Nasyid

Klik sini
MyMasjid

Masjid Daerah Sanakan
Tel: 089-224567

Masjid Negeri Sabah
089-243117
Berita Islam Sedunia

Berita Islam
 Hakcipta © demimasa.cjb.net 2000-2004