Make your own free website on Tripod.com
 
::Festival Nasyid Peringkat Kementerian

KUMPULAN Rayyan dari kementerian Pelajaran muncul juara 
Festival Nasyid Peringkat Kementerian 2004.

Rayyan juara Festival Nasyid Peringkat Kementerian

KUMPULAN Rayyan daripada Kementerian Pelajaran muncul juara Festival Nasyid Peringkat Kementerian 2004. Kumpulan itu mengalahkan 14 kumpulan lain dalam pertandingan yang diadakan di Putrajaya, 25 Mac lalu.

Kumpulan itu membawa pulang wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penyertaan. 

Naib johan dimenangi kumpulan Fautul-Falah daripada Kementerian Perusahaan Utama yang menerima hadiah wang tunai RM2,000, piala iringan dan sijil penyertaan. Tempat ketiga pula dimenangi kumpulan Helwa daripada Kementerian Penerangan dengan wang tunai RM1,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

Festival anjuran Jabatan Perdana Menteri bagi menyemai nilai persahabatan dan perpaduan di kalangan kakitangan kerajaan pelbagai kementerian.

Pertandingan itu juga memberi ruang kepada peserta yang mengambil bahagian menghayati bentuk hiburan mengandungi nilai baik seperti disarankan Islam selain mencungkil kreativiti dalam penciptaan lagu irama nasyid.

Selain itu, pertandingan nasyid dilihat sebagai penyalur mesej yang dapat memberi keinsafan, pendidikan serta membina jati diri masyarakat dalam pembangunan insan yang sempurna.
 
 

 

Kembali ke Laman Nasyid
Hakcipta © demimasa.cjb.net 2004